Pelan Biden | Hampir 22 juta mohon pelepasan pinjaman pelajar AS

2022-10-22 0

Hampir 22 juta individu memohon pelepasan pinjaman pelajar persekutuan dalam tempoh seminggu sejak pentadbiran Joe Biden membuka permohonan berkenaan secara dalam talian.

Biden yang mengumumkan statistik berkenaan pada Jumaat berkata , lebih separuh daripada jumlah permohonan itu telah pun diluluskan.